Saturday, 27 June 2015

DIDIKAN DAN ASUHAN MEMBENTUK PEGAWAI TENTERA

Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNyaSetia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya
dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah


Memegang teguh disiplin tentera dan senantiasa menjunjung tinggi
sikap keperwiraan dan kehormatan tentera


Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas

Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya




Demikianlah ikrar kami..sumpah kami baik sebagai anggota ataupun sebagai pegawai dalam angkatan tentera darat Malaysia. Meskipun kekurangan dari segi kemudahan..dan teknologi peperangan namun demi membantu mempertahankan negara Malaysia yang kami cintai maka berterusanlah kami menyanggah segala kekurangan itu. Meskipun adakalanya terdetik mahu menamatkan perkhidmatan dan hidup senang lenang dalam kehidupan sebagai orang awam, namun akan lekas pula terpadam niat itu apabila mengenangkan kepayahan generasi tentera terdahulu yang berganda jerih dari kami generasi ini. Maki sumpah seranah..sepak terajang..fokrol siderol..kolam busuk dan segala macam deraan fizikal dan seksaan mental sebenarnya mampu menggugat azam dan semangat..dan terkadang terlintas..MENGAPA PERLU ATURAN LATIHAN PENJAJAH DI IKUT?SAMPAI CACI DAN MAKINYA SEKALI DI AJAR KEPADA BAKAL PEGAWAI..BLOODY HELL..FUCK OFF..itulah bahasa maki pegawai kata jurulatih kami dulu..tapi minat dan rasa bangga menyarung seragam ini menuntun kami agar terus berlari dan mendaki..sesuai dengan ikrar kami..



"Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya
dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah"













Friday, 26 June 2015

MASTER OF BIOLOGY IN MAKING

Terpanggil tak semena-mena menyambung pengajian ke peringkat MASTER..dalam bidang yang tak pernah tumpah sepicing pun minat ke atasnya..mengkaji anatomi dan morfologi tumbuhan..Meneroka genus Calophyllum sp.Diruntun hati aku mencongak-congak kejayaan usaha ini..Agak payah sebenarnya nak melampias minat dan usaha pada perkara yang kita tak teruja..tapi insyaAllah suatu hari nanti mekar juga minat itu..Lagi pula aku diapit waktu terhad oleh tugasku..dan anjakan jarak antara universiti dan tempat aku bekerja menjangkau beribu kilometer..dipisah lautan..cuti panjang sahaja nampaknya terpaksa ku habiskan menelaah dan menyelongkar gudang FRIM Kepong dan beberapa tempat lain..Seperti ku katakan tadi..usaha ini amat-amat..dan teramat menuntut kesungguhan dan meminta korban..doakan lah daku..Insya Allah...Andai ia ditakdirkan menjadi milikku..pasti ia akan menjadi milikku..tiada ragu lagi..