Saturday, 27 June 2015

DIDIKAN DAN ASUHAN MEMBENTUK PEGAWAI TENTERA

Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNyaSetia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya
dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah


Memegang teguh disiplin tentera dan senantiasa menjunjung tinggi
sikap keperwiraan dan kehormatan tentera


Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas

Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya




Demikianlah ikrar kami..sumpah kami baik sebagai anggota ataupun sebagai pegawai dalam angkatan tentera darat Malaysia. Meskipun kekurangan dari segi kemudahan..dan teknologi peperangan namun demi membantu mempertahankan negara Malaysia yang kami cintai maka berterusanlah kami menyanggah segala kekurangan itu. Meskipun adakalanya terdetik mahu menamatkan perkhidmatan dan hidup senang lenang dalam kehidupan sebagai orang awam, namun akan lekas pula terpadam niat itu apabila mengenangkan kepayahan generasi tentera terdahulu yang berganda jerih dari kami generasi ini. Maki sumpah seranah..sepak terajang..fokrol siderol..kolam busuk dan segala macam deraan fizikal dan seksaan mental sebenarnya mampu menggugat azam dan semangat..dan terkadang terlintas..MENGAPA PERLU ATURAN LATIHAN PENJAJAH DI IKUT?SAMPAI CACI DAN MAKINYA SEKALI DI AJAR KEPADA BAKAL PEGAWAI..BLOODY HELL..FUCK OFF..itulah bahasa maki pegawai kata jurulatih kami dulu..tapi minat dan rasa bangga menyarung seragam ini menuntun kami agar terus berlari dan mendaki..sesuai dengan ikrar kami..



"Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya
dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah"













Friday, 26 June 2015

MASTER OF BIOLOGY IN MAKING

Terpanggil tak semena-mena menyambung pengajian ke peringkat MASTER..dalam bidang yang tak pernah tumpah sepicing pun minat ke atasnya..mengkaji anatomi dan morfologi tumbuhan..Meneroka genus Calophyllum sp.Diruntun hati aku mencongak-congak kejayaan usaha ini..Agak payah sebenarnya nak melampias minat dan usaha pada perkara yang kita tak teruja..tapi insyaAllah suatu hari nanti mekar juga minat itu..Lagi pula aku diapit waktu terhad oleh tugasku..dan anjakan jarak antara universiti dan tempat aku bekerja menjangkau beribu kilometer..dipisah lautan..cuti panjang sahaja nampaknya terpaksa ku habiskan menelaah dan menyelongkar gudang FRIM Kepong dan beberapa tempat lain..Seperti ku katakan tadi..usaha ini amat-amat..dan teramat menuntut kesungguhan dan meminta korban..doakan lah daku..Insya Allah...Andai ia ditakdirkan menjadi milikku..pasti ia akan menjadi milikku..tiada ragu lagi..










Tuesday, 18 February 2014

Menggeledah Mesir






Segala puji bagi Allah swt dan selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad saw..Mac 2013 lalu aku dan beberapa orang ahli keluarga dengan izin Rabbi telah menjejak kaki ke bumi Mesir dengan tujuan utama melawat adindaku Nur Afiqah yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang perubatan pergigian. Sementelah melawat adik, kami pun memanjangkan langkah menerobos ke pelusuk mesir yang dapat kami tembusi. Antaranya makam Syed Hassan Al Banna, Makan Imam Syafie dan Makan Nabi Daniel,melawat juga ke piramid (tapi tak disyorkan kerana faktor keselamatan, lagipun takde apa yang menarik kat sini),kota pertahanan Salahuddin Al Ayyubi, dan pasar yang beroperasi hampir 24 jam di Pasar Hussain. Bukan macam pasar jual ikan tu, tapi macam Uptown ngan Downtown kat Malaysia jugak cuma barang-barang kat sini amat murah.Barang antik memang berlambak kalau suka kumpul. Tawar menawar tu biasanya dalam bahasa Arab A'mmi (Arab pasar) sebab majoriti memang tak pandai bahasa Inggeris.Terimakasih ustaz dan ustazah yang mengajar bahasa Arab masa sekolah dulu. Mana nak sangka subjek yang disangka tak penting tu la yang digunakan setelah beberapa tahun ditinggalkan. Menggelabah jugak nak recall vocab yang lama dah dilupakan. Nak pulak ayah aku bergantung kat aku kalau pegi kedai makan nak order makanan atau pape yang memerlukan komunikasi dengan orang Mesir nie. Taktik yang member aku ajar, kalau beli barang  mintak tawar dia tak bagi korang blah je.Arab tu akan panggil balik dan dia akan bagi harga yang korang mintak tu, insya Allah. Aku apply jugak taktik nie masa mengerjakan umrah selepas tu. Alhamdulillah menjadi dengan izin Allahurabbuna. Duit Ringgit Malaysia alhamdulillah bernilai sekali ganda daripada matawang Mesir. Kalau seringgit tu dapatla 2 Ghenih.Bukan sebab ekonomi kita meningkat maju tapi sebab negara mereka ni selalu berlaku ketidakstabilan politik. Makanan kat sana pun alhamdulillah sedap dan unik serta murah. Sebenarnya mereka jarang makan nasi walaupun kat Malaysia ni banyak kedai nasi Arab. Makanan ruji mereka ialah roti.Dan roti yang termurah ialah roti yang berharga rubu' ataupun 25sen duit Mesir.Kalau convert duit Malaysia tentulah sangat murah.Budaya kat sini berlainan banyak sekali.Amalan meminta tip amat berleluasa dan setiap pertolongan pasti mengharapkan sedekah. Keadaan ekonomi mereka yang baru nak mula stabil menjdikan kebanyakan penduduk Mesir ni dalam aras kemiskinan. InsyaAllah kerajaan baru yang dipimpin oleh Morsi pada waktu itu mampu membawa perubahan tapi rampasan kuasa yang berlaku akhir-akhir ini telah membantutkan usaha tersebut. Kereta pulak suka hati je nak jalan lawan arus ke ikut arus ke janji tak langgar orang. Yang penting hon kereta mesti berfungsi. Kat Malaysia kalau kena hon tu memang bengang tapi kat sini perkara biasa sebab hon ni macam jadi alert untuk pejalan kaki dan kenderaan yang lain. Kat Malaysia orang tekan hon sebab nak marah biasanya (kot).Kereta kat sini yang BMW ke, Mustang ke selamba je calar balar dan kemek. sampai jatuh bumper. Bagi mereka kereta hanya besi.Janji orang dalam selamat. Negara Mesir ni kaya dengan produk tenusu. Keju mereka ni sangat sedap (ada brand President tu memang terbaek) dan murah dan kalau susu lembu tu memang lemak berkrim. Kami menyewa sebuah rumah lengkap peti ais dapur dan TV dengan harga 200 ghenih (RM 100) sehari.Tiket pergi balik dalam RM2700 kalau bukan tiket promosi. Adik aku cakap promosi boleh dapat 1500 pegi balik dengan Egypt Air. Tak mahal sangat kan bagi yang mampu. So aku suggest kalau ade rezeki lebih tu elok jugak ke sini melawat makam Imam As Syafie yang kita teladani dan ikuti mazhabnya. Sedekahkan al Fatihah dan mudah-mudahan kita akan makin memahami dan menjiwai agama Islam yang kita anuti ini, dan tak sekadar jadi umat Rasulullah saw yang hanya kerana ayah dan ibu kita juga Islam.Wallahu a'lam..

Monday, 17 February 2014

AKU DAN TENTERA












Menceburi lapangan ketenteraan adalah cita-cita dan impian aku sejak kecil lagi. Sebelum masuk tadika aku telah dibesarkan dan disajikan dengan cerita-cerita bergenre ketenteraan oleh arwah pakcik aku Hassan bin Mahmud (Al-Fatihah) dan ia telah mempengaruhi jiwa aku yang berketurunan tentera ini. Arwah datuk aku Kpl. (B) MatYassin bin Kasim (Al Fatihah),arwah pakcik saudara aku Kpl.Shaari bin Yasin (Al fatihah), Kpl.Zulkifli bin Mat Yasin,Lt.Kol. Rosli bin Mat Yasin, Pbt. Ramli bin Mat Yasin, Sjn.(B) Sabri bin Mat Sum, dan beberapa orang lagi kaum keluargaku yang tak dapat aku coretkan di sini adalah penguat semangatku (tentunya dengan izin Allah swt juga) untuk menjerumuskan diri dalam profession yang digeruni kerana latihan lasak dan amalan ragging ini. Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku masih berkhidmat di Kem Batalion 2 Rejimen 512 dan masih mampu mengikuti latihan walaupun aku dah semakin tak berapa nak muda.Hehehe..Banyak sangat pengalaman masa latihan untuk aku kongsi. Kena marah tu makanan.Kena denda pumping, star jump, sujud atas tar panas tanpa tupang tangan,rendam kolam busuk, angkat katil dua tingkat dari berek ke padang kawad, kene back kick jurulatih, kena pijak, sapu tahi atas muka (bukan aku, tapi berek sebelah aku,hehehe..).Ada sekali tu kene panjat bukit lalu atas kubur orang Cina celah-celah semak di tengah remang senja sambil menghunus raifal Colt M16.Dalam hutan kisah lain pulak. Ada sekali tu platun aku dan beberapa platun lain diarahkan untuk serang hendap laluan musuh. Kami bergerak ke tapak serangan dalam pukul sepuluh malam. Musuh pulak sampai dalam pukul tiga pagi. Maka bersepahlah aku dan anggota-anggota aku berdengkur kat tengah hutan terlelap masa menunggu. Sedar-sedar anggota di sebelah aku kejut dengan menunjuk ke arah segerombolan musuh yang sudah berlalu dalam lima meter dari tempat yang sepatutnya apabila mereka lalu,aku perlu menarik suar api yang akan menerangi tempat tersebut. Lantas aku sepatutnya mengeluarkan arahan tembak setelah musuh kelihatan jelas akibat nyalaan suar api tersebut.Hampeh punya skot, aku harap dia kejut aku tapi dia pun padam jugak.Cehhh..Maka kami semua diarahkan menanggalkan baju dan merangkak keluar dari hutan menuju ke dalam sungai berdekatan.Memang miang dan calar balar badan.Masuk dalam air sungai tu dah pukul 4.00 pagi.Sejuk memang terbaek la.Kene pulak menyanyi bagai dalam tu dengan ketar-ketar.Lepas jurulatih puas merendam kami,naik dari sungai buat PT( physical training) pulak untuk panaskan badan.Setelah lembik dilanyak barulah kami dibenarkan tidur.Masa tu dah pukul 5 lebih pagi.Letak kepala tak sempat mengelamun dan shut down.Komputer nak off pun amek masa, tapi sebab dah sangat letih kami terus lelap sampai pukul 7 pagi dan dikejutkan untuk menjalan operasi menyerang khemah musuh.Solat subuh memang tuang la kan (ni yang aku kurang berkenan dalam latihan tentera).Banyak lagi pengalaman yang aku tak dapat nak lakar kat sini.InsyaAllah di lain waktu aku akan berkongsi lagi tentang kehidupan aku sebagai tentera.

P/S : Gambar lama tu adalah arwah Kpl. Shaari bin Mat Yasin,pakcik aku  yang meninggal di Kem Kluang Johor akibat tertembak peluru SLR (Self Reload Rifle) pada tahun 70 an..Alfatihah...

TAUBAT YANG BERTERUSAN










Allah SWT tentu benci terhadap hamba-Nya yang bermaksiat kepada-Nya. Namun sebaliknya, Allah SWT amat suka dan bergembira terhadap orang-orang yang segera bertobat dari dosa dan kemaksiatannya. Allah SWT bahkan menegaskan, bahwa ampunan-Nya bagi orang-orang yang mau bertobat adalah selalu lebih besar dari dosa-dosanya.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW, sebagaimana dinyatakan oleh Anas bin Malik ra pernah bersabda, bahwa Allah SWT telah berfirman, “Hai anak Adam, sesungguhnya kamu adalah sesuai dengan apa yang kamu panjatkan dan harapkan kepada Diri-Ku. Aku mengampuni kamu atas dosa-dosa yang telah kamu lakukan dan Aku rela. Hai anak Adam, andai dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, lalu kamu memohon ampunan-Ku, pasti Aku mengampuni kamu. Hai anak Adam, sesungguhnya kamu, andai kamu mendatangi Aku dengan memikul dosa-dosa sepenuh bumi, kemudian kamu menjumpai Aku dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan apapun, pasti Aku akan mendatangi kamu dengan ampunan sepenuh bumi pula.” (HR at-Tirmidzi, hadishasan-shahih).
Dalam nada yang sama, Rasulullah SAW bersabda, sebagaimana dituturkan Abu Dzarr ra, bahwa Allah SWT telah berfirman, “Siapa saja yang mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Siapa saja yang mendekat kepada-Ku sedepa, Aku mendekat kepadanya sejengkal. Siapa saja yang mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari. Siapa saja yang menjumpai-Ku dengan memikul dosa sepenuh bumi—selama dia tidak menyekutukan Aku dengan apapun—maka aku akan menjumpainya dengan membawa ampunan sepenuh bumi pula.” (HR Muslim).
Anas juga berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, andai kalian berbuat dosa hingga dosa-dosa kalian memenuhi langit dan bumi, kemudian kalian memohon ampunan kepada Allah, maka pasti Allah mengampuni kalian.’” (HR Ahmad).
Abu Hurairah rajuga menuturkan bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jala, saat menciptakan makhluk, Dia menuliskan pada makhkuk itu di atas ‘Arsy-nya: Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku.” (HR Muslim).
Karena itulah Rasulullah SAW memberikan petunjuknya secara berulang kepada manusia untuk segara bertobat dari dosa-dosa. Ampunan Allah SWT kepada mereka merupakan rahmat-Nya kepada mereka. Di antara petunjuk Rasulullah SAW tersebut adalah sabdanya, sebagaimana dituturkan oleh Abu Dzarr bahwa Allah SWT telah berfirman, "Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian berbuat kesalahan malam dan siang hari, sementara Aku mengampuni dosa-dosa seluruhnya. Karena itu, minta ampunlah kepada-Ku, pasti Aku mengampuni kalian.” (HR Muslim).
Abu Hurairah menuturkan dari Rasulullah SAW kisah dari penuturan Allah SWT sendiri yang berfirman,"Hamba-Ku berbuat suatu dosa. Ia lalu berkata, ‘Ya Allah ampunilah aku atas dosa-dosaku.” Allah SWT berfirman, 'Hamba-Ku berbuat suatu dosa dan dia tahu bahwa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dan menghapus dosa-dosa.’ Lalu dia kembali berbuat dosa. Kemudian ia pun kembali berkata, ‘Ya Allah ampunilah aku atas dosa-dosaku.’” Allah SWT berfirman, “Hamba-Ku berbuat suatu dosa dan dia tahu bahwa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dan menghapus dosa-dosa. Lakukanlah apa pun sekehendak kamu maka sesungguhnya Aku pasti mengampunimu.” (HR Muslim).
Karena itulah, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk banyak bertobat kepada Allah SWT, sebagaimana sabdanya, "Wahai manusia, bertobatlah kalian kepada Allah SWT dan mintalah ampunan kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertobat kepada Allah dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Muslim).
Tentu, Rasul bertobat bukan karena dosa-dosanya, karena beliau terpelihara dari dosa-dosa. Tobat beliau tidak lain merupakan bentuk makrifat beliau kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW juga bersabda, sebagaimana penuturan Abu Musa al-Asy’ari, "Sesungguhnya Allah melapangkan tangannya pada malam hari untuk menerima tobat pelaku kemaksiatan pada siang harinya dan melapangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima tobat pelaku kemaksiatan pada malam harinya.”(HR Muslim).
Rasulullah SAW, sebagaimana penuturan Abu Hurairah ra juga berkata, “Siapa saja yang bertobat sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya, Allah pasti menerima tobatnya.” (HR Muslim).
Selain itu, sesungguhnya dosa yang diiringi dengan istighfar akan menambah makrifat kepada Allah, pengakuan atas penghambaan kepada-Nya dan menambah upaya merendahkan diri di hadapan-Nya. Hal demikian lebih Allah cintai daripada ketaatan yang diiringi dengan sikap ujub dan lalai.

Sunday, 16 February 2014




MEMBELAH BADAI MALAM

Assalamualaikum wbt.. Maha Suci Allah Yang memberi rezeki dan kurnia yang tidak terhitung oleh kita. Maka nikmat Allah yang mana yang kita dustakan? Layan jugak membelah laut Kuala Besut Terengganu dengan keadaan angin yang berderu menggigil dan menggetar tubuh. Naik segala bulu roma. Gambar nie pun lepas dah beberapa kali muntah mabuk laut, baru boleh wat muke steady. Sebelum tu dengan pening mual dan sejuk,terperap je dalam bilik enjin yang menerawang bau diesel. Tido sampai hilang mabuk.. Allahurobbi..melihat alam dari kacamata lautan, betapa luas lautan dan daratan kelihatan kecil sekali..Kerdilnya dunia, dan betapa kerdilnya kita. Kalau diteropong dari kacamata alam, tentu lebih cinonet(kecil) dunia ini.Kalau diintai pula dari mata galaksi, apalah nilainya bumi ini yang kita perhambakan diri untuknya setiap hari. Bahkan terdapat beratus ribu lagi galaksi yang belum diketahui bak kata saintis. Lihatlah dunia dari kacamata akhirat maka akan kau sedari begitu sempit dan fananya kehidupan dunia ini..Allahurobbi..