Friday, 26 June 2015

MASTER OF BIOLOGY IN MAKING

Terpanggil tak semena-mena menyambung pengajian ke peringkat MASTER..dalam bidang yang tak pernah tumpah sepicing pun minat ke atasnya..mengkaji anatomi dan morfologi tumbuhan..Meneroka genus Calophyllum sp.Diruntun hati aku mencongak-congak kejayaan usaha ini..Agak payah sebenarnya nak melampias minat dan usaha pada perkara yang kita tak teruja..tapi insyaAllah suatu hari nanti mekar juga minat itu..Lagi pula aku diapit waktu terhad oleh tugasku..dan anjakan jarak antara universiti dan tempat aku bekerja menjangkau beribu kilometer..dipisah lautan..cuti panjang sahaja nampaknya terpaksa ku habiskan menelaah dan menyelongkar gudang FRIM Kepong dan beberapa tempat lain..Seperti ku katakan tadi..usaha ini amat-amat..dan teramat menuntut kesungguhan dan meminta korban..doakan lah daku..Insya Allah...Andai ia ditakdirkan menjadi milikku..pasti ia akan menjadi milikku..tiada ragu lagi..










No comments:

Post a Comment