Menceburi lapangan ketenteraan adalah cita-cita dan impian aku sejak kecil lagi. Sebelum masuk tadika aku telah dibesarkan dan disajikan dengan cerita-cerita bergenre ketenteraan oleh arwah pakcik aku Hassan bin Mahmud (Al-Fatihah) dan ia telah mempengaruhi jiwa aku yang berketurunan tentera ini. Arwah datuk aku Kpl. (B) MatYassin bin Kasim (Al Fatihah),arwah pakcik saudara aku Kpl.Shaari bin Yasin (Al fatihah), Kpl.Zulkifli bin Mat Yasin,Lt.Kol. Rosli bin Mat Yasin, Pbt. Ramli bin Mat Yasin, Sjn.(B) Sabri bin Mat Sum, dan beberapa orang lagi kaum keluargaku yang tak dapat aku coretkan di sini adalah penguat semangatku (tentunya dengan izin Allah swt juga) untuk menjerumuskan diri dalam profession yang digeruni kerana latihan lasak dan amalan ragging ini. Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku masih berkhidmat di Kem Batalion 2 Rejimen 512 dan masih mampu mengikuti latihan walaupun aku dah semakin tak berapa nak muda.Hehehe..Banyak sangat pengalaman masa latihan untuk aku kongsi. Kena marah tu makanan.Kena denda pumping, star jump, sujud atas tar panas tanpa tupang tangan,rendam kolam busuk, angkat katil dua tingkat dari berek ke padang kawad, kene back kick jurulatih, kena pijak, sapu tahi atas muka (bukan aku, tapi berek sebelah aku,hehehe..).Ada sekali tu kene panjat bukit lalu atas kubur orang Cina celah-celah semak di tengah remang senja sambil menghunus raifal Colt M16.Dalam hutan kisah lain pulak. Ada sekali tu platun aku dan beberapa platun lain diarahkan untuk serang hendap laluan musuh. Kami bergerak ke tapak serangan dalam pukul sepuluh malam. Musuh pulak sampai dalam pukul tiga pagi. Maka bersepahlah aku dan anggota-anggota aku berdengkur kat tengah hutan terlelap masa menunggu. Sedar-sedar anggota di sebelah aku kejut dengan menunjuk ke arah segerombolan musuh yang sudah berlalu dalam lima meter dari tempat yang sepatutnya apabila mereka lalu,aku perlu menarik suar api yang akan menerangi tempat tersebut. Lantas aku sepatutnya mengeluarkan arahan tembak setelah musuh kelihatan jelas akibat nyalaan suar api tersebut.Hampeh punya skot, aku harap dia kejut aku tapi dia pun padam jugak.Cehhh..Maka kami semua diarahkan menanggalkan baju dan merangkak keluar dari hutan menuju ke dalam sungai berdekatan.Memang miang dan calar balar badan.Masuk dalam air sungai tu dah pukul 4.00 pagi.Sejuk memang terbaek la.Kene pulak menyanyi bagai dalam tu dengan ketar-ketar.Lepas jurulatih puas merendam kami,naik dari sungai buat PT( physical training) pulak untuk panaskan badan.Setelah lembik dilanyak barulah kami dibenarkan tidur.Masa tu dah pukul 5 lebih pagi.Letak kepala tak sempat mengelamun dan shut down.Komputer nak off pun amek masa, tapi sebab dah sangat letih kami terus lelap sampai pukul 7 pagi dan dikejutkan untuk menjalan operasi menyerang khemah musuh.Solat subuh memang tuang la kan (ni yang aku kurang berkenan dalam latihan tentera).Banyak lagi pengalaman yang aku tak dapat nak lakar kat sini.InsyaAllah di lain waktu aku akan berkongsi lagi tentang kehidupan aku sebagai tentera.
P/S : Gambar lama tu adalah arwah Kpl. Shaari bin Mat Yasin,pakcik aku yang meninggal di Kem Kluang Johor akibat tertembak peluru SLR (Self Reload Rifle) pada tahun 70 an..Alfatihah...











No comments:
Post a Comment