Tuesday, 18 February 2014
Menggeledah Mesir
Segala puji bagi Allah swt dan selawat serta salam atas junjungan Nabi Muhammad saw..Mac 2013 lalu aku dan beberapa orang ahli keluarga dengan izin Rabbi telah menjejak kaki ke bumi Mesir dengan tujuan utama melawat adindaku Nur Afiqah yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang perubatan pergigian. Sementelah melawat adik, kami pun memanjangkan langkah menerobos ke pelusuk mesir yang dapat kami tembusi. Antaranya makam Syed Hassan Al Banna, Makan Imam Syafie dan Makan Nabi Daniel,melawat juga ke piramid (tapi tak disyorkan kerana faktor keselamatan, lagipun takde apa yang menarik kat sini),kota pertahanan Salahuddin Al Ayyubi, dan pasar yang beroperasi hampir 24 jam di Pasar Hussain. Bukan macam pasar jual ikan tu, tapi macam Uptown ngan Downtown kat Malaysia jugak cuma barang-barang kat sini amat murah.Barang antik memang berlambak kalau suka kumpul. Tawar menawar tu biasanya dalam bahasa Arab A'mmi (Arab pasar) sebab majoriti memang tak pandai bahasa Inggeris.Terimakasih ustaz dan ustazah yang mengajar bahasa Arab masa sekolah dulu. Mana nak sangka subjek yang disangka tak penting tu la yang digunakan setelah beberapa tahun ditinggalkan. Menggelabah jugak nak recall vocab yang lama dah dilupakan. Nak pulak ayah aku bergantung kat aku kalau pegi kedai makan nak order makanan atau pape yang memerlukan komunikasi dengan orang Mesir nie. Taktik yang member aku ajar, kalau beli barang mintak tawar dia tak bagi korang blah je.Arab tu akan panggil balik dan dia akan bagi harga yang korang mintak tu, insya Allah. Aku apply jugak taktik nie masa mengerjakan umrah selepas tu. Alhamdulillah menjadi dengan izin Allahurabbuna. Duit Ringgit Malaysia alhamdulillah bernilai sekali ganda daripada matawang Mesir. Kalau seringgit tu dapatla 2 Ghenih.Bukan sebab ekonomi kita meningkat maju tapi sebab negara mereka ni selalu berlaku ketidakstabilan politik. Makanan kat sana pun alhamdulillah sedap dan unik serta murah. Sebenarnya mereka jarang makan nasi walaupun kat Malaysia ni banyak kedai nasi Arab. Makanan ruji mereka ialah roti.Dan roti yang termurah ialah roti yang berharga rubu' ataupun 25sen duit Mesir.Kalau convert duit Malaysia tentulah sangat murah.Budaya kat sini berlainan banyak sekali.Amalan meminta tip amat berleluasa dan setiap pertolongan pasti mengharapkan sedekah. Keadaan ekonomi mereka yang baru nak mula stabil menjdikan kebanyakan penduduk Mesir ni dalam aras kemiskinan. InsyaAllah kerajaan baru yang dipimpin oleh Morsi pada waktu itu mampu membawa perubahan tapi rampasan kuasa yang berlaku akhir-akhir ini telah membantutkan usaha tersebut. Kereta pulak suka hati je nak jalan lawan arus ke ikut arus ke janji tak langgar orang. Yang penting hon kereta mesti berfungsi. Kat Malaysia kalau kena hon tu memang bengang tapi kat sini perkara biasa sebab hon ni macam jadi alert untuk pejalan kaki dan kenderaan yang lain. Kat Malaysia orang tekan hon sebab nak marah biasanya (kot).Kereta kat sini yang BMW ke, Mustang ke selamba je calar balar dan kemek. sampai jatuh bumper. Bagi mereka kereta hanya besi.Janji orang dalam selamat. Negara Mesir ni kaya dengan produk tenusu. Keju mereka ni sangat sedap (ada brand President tu memang terbaek) dan murah dan kalau susu lembu tu memang lemak berkrim. Kami menyewa sebuah rumah lengkap peti ais dapur dan TV dengan harga 200 ghenih (RM 100) sehari.Tiket pergi balik dalam RM2700 kalau bukan tiket promosi. Adik aku cakap promosi boleh dapat 1500 pegi balik dengan Egypt Air. Tak mahal sangat kan bagi yang mampu. So aku suggest kalau ade rezeki lebih tu elok jugak ke sini melawat makam Imam As Syafie yang kita teladani dan ikuti mazhabnya. Sedekahkan al Fatihah dan mudah-mudahan kita akan makin memahami dan menjiwai agama Islam yang kita anuti ini, dan tak sekadar jadi umat Rasulullah saw yang hanya kerana ayah dan ibu kita juga Islam.Wallahu a'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment